Photos

Sunday, January 29, 2012

Mengetut Pokok "Marcotting"


Entry kali Puteri Wali memasukkan semula entry dari blog sebelum ni..Dah lama rasanya nak berkongsi macammana nak tut pokok. Dulu Puteri Wali pun tertanya-tanya..Bagaimana pokok ni boleh berakar kat tengah-tengah batang? Namun setelah masuk ke UPM barulah segala perungkaian teka-teki dalam kepala otak Puteri Wali ni dapat dijawab dengan lengkapnya...


Sesiapa rasa nak mencuba musim-musim cuti ni memang padan sangat lah..

Sebenarnya,tut atau Marcott ni boleh dilakukan pada banyak pokok tetapi selalunya untuk tumbuhan yang mempunyai genotip "keheterozaigotan" yang tinggi. Dengan cara ini,genotip induk akan didapati sama sepert induk.Maka sifat dan ciri anak persis seperti pokok ibunya..



Tumbuhan yang selalu menggunakan kaedah ini adalah:
(i) Limau atau citrus
(ii)Jambu Batu
(iii) Ciku

Banyak lagi sebenarnya..Tapi kali ni Puteri Wali nak berkongsi kaedah mengetot pokok Jambu..Inilah practikal kami sewaktu di UPM.


Bahan-bahan yang diperlukan....


Tali Rapia  ,  Plastik Pembungkus


Hormon Penggalak Akar..Selalu memang guna SERADIX..ada 3 jenis (1,2 dan 3)...1 untuk kayu lembut...2 untuk sedehana keras dan yang ke3 untuk kayu jenis keras..kita akan guna hormon ni mengikut peringkat batang yang kita pilih...

Alat yang paling penting adalah pisau dan gunting pokok..Pastikan pisau berada dalam keadaan tajam supaya kerja mudah dijalankan

Sebelum kita dapat menggunakan semua peralatan ni,ada lagi satu perkara yang sangat penting..iatu media pengakaran..tut hanya menggunakan jenis tanah 2:1 iaitu 2 bahagaian tanah atas (tanah biasa la tu) dan 1 bahagian Bahan Organik..simple jer..

2 Jenis tanah ni dicampur sebati...

Buat la macam manapun,asal tanah tu digaul sebati...letak la sikit air supaya tanah tadi boleh dikepalkan..tetapi awas jangan terlalu banyak air..

Kepalkan campuran tadi menggunakan tangan..buat la sebesar telur ayam..Tapi kalu diamati,mase ni kita boleh bermuhasabah tentang kejadian manusia melalui tanah..asal jdi tanah dan kembali menjadi tanah..

Ni lah kepalan yang telah siap...


Seterusnya kita boleh memilih bahagian batang yang sihat pada pokok untuk ditut..Puteri Wali lebih gemar tut pada batang yang sederhana keras... ia lebih mudah untuk diurus dan akar pun lebih cepat nak tumbuh..

Buatkan kelaran berbentuk I mengelilingi batang yang hendak ditut..tetapi pastikan kelaran hanya dilakukan pada kulit sahaja..

Koyakkan kulit batang tersebut...koyak je..

Kikis lapisan (berwarna kehijau-hijauan) sehingga putih warnaya..tetapi  kikis tidak  terlalu kasar..dikhuatiri akan merosakkan kambiumnya


Ikatkan pembungkus di bahagian bawah untuk memudahkan kerja-kerja seterusnya
SERADIX 2 dipilih untuk kayu separa keras

Sapukan SERADIX di bahagian atas belahan tadi...ini kerana akar adventitious akan dikeluarkan di bahagian atas.. Jadi,sesiapa yang letak kat bawah tu dah kira membazir la..

Bungkuskan batang tadi dengan tanah yang dikepal sebesar telur ayam..then, bungkus ia dengan plastik dan ikat sekemas-kemasnya..
Ini la rupa yang di akhir nanti..Puteri Wali mampu buat sekemas ni jer..maklumlah 1st time..hihi
Setelah siap..biarkan selama 2 hingga 3 bulan..sekiranya batang tadi masih hijau dan terdapat akar,maka potongkan di bahagian bawah yang ditut dan tanamkan dalam polybag atau terus ke ladang..tapi seeloknya dalam polybag dulu...bila agak dah kuat,baru tanam ke ladang..

Cuma kat sini Puteri Wali tak dapat nak ambil gambar setelah jadi sebab masa sangat mencemburui..Jadi kepada sahabat yang ingin mencuba..silakan..

3 comments:

  1. salam...kalau saya nak beli....seradix...ngan sape perlu d hubungi...
    redzuan teraj.dunia@gmail.com
    0173945077
    terima kasih

    ReplyDelete
  2. email..teraju.dunia@gmail.com
    redzuan 0173945077

    sya tengah mengumpulkan maklumat untuk masuk sebutharga kerajaan..

    ReplyDelete
  3. maaf saya tak menjual sebarang chemical... tapi sebagai suggestion pihak tuan/puan boleh dapatkan di kedai-kedai pertanian ataupun pihak taman pertanian universiti, upm..

    ReplyDelete