Photos

Monday, January 30, 2012

Ibrah Sang Padi

Padi atau nama saintifik yang digunakan oleh para ahli botani adalah Oryza sativa .


Apabila musim menuai mula menjengah kawasan kami,Puteri Wali sekali lagi mengambil  peluang untuk beramah mesra dengan Sang Oryza ni.Meneladani apa yang baik daripada padi dan berusaha untuk muhasabah diri atas setiap kekurangan .Ok la,berbalik pada Sang padi.Jika diamati,padi dengan manusia (lagi-lagi masyarakat Asia Tenggara) memang tak dapat nak dipisahkan.Sebab, inilah makanan ruji kita.

Tanpa padi,tak ada beras...
Tanpa beras tak ada nasi...
Tanpa nasi tak lengkaplah sajian harian kita..


 Kawan Puteri Wali selalu kata ,

'' Perut saya,perut orang Melayu..Kalu tak dapat nasi sehari,rasa lemah satu badan".

Lihat betapa besarnya khidmat padi kepada kita membekalkan karbohidrat untuk tenaga..Alhamdulillah,Allah dah sediakan nikmat padi pada kita.


Puteri Wali bukanlah nak menulis tentang beras atau nasi..tapi pada RUMPUNAN POKOK PADI tu sendiri.. banyak benda yang boleh kita dapati daripada pokok padi. Jika kita lihat,pokok padi tumbuh lurus menegak bersama tangkaian-tangkaian buah padi yang bakal kita gunakan untuk MAKAN, BENIH untuk ditanam semula dan sebagainya lah. Tumbuh menegak menunjukkan kepatuhannya pada Sang Pencipta. Ibrahnya,sebagai manusia tundukkanlah kepatuhan kita padaNya juga. Apakah kepatuhan kita? Disebut dalam kitab 
al-Quran:

"Dan tidak Kami jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu" 
 (Surah Adzariat 56)

Buah padi tu sendiri memberikan impak kepada kita untuk mencontohinya berusaha mengeluarkan hasil..Malah hasilnya pula banyak memberikan manfaat kepada kehidupan manusia. Manfaat itulah yang perlu diterbitkan dan diusahakan oleh manusia sebagai khalifah di bumi ni untuk menuai hasil di akhirat kelak.

Puteri Wali suka dengan satu pepatah Arab ni;

Man Jada wa Jada...
Man Zaroa',hasada...
Sesiapa berusaha berjaya...
Sesiapa menanam dia akan menuai...


Inilah pepatah Arab pertama yang Puteri Wali belajar dan ingat..tepat sekali pada entry ini,padi yang memang boleh dituai..memberikan makna yang besar jika dipegang teguh...

Bila Puteri Wali belek-belek buah yang ada dalam Rumpunan Padi yang sangat padat,jelas ada perbezaan antara PADI BIASA dan PADI ANGIN (weedy rice)..mungkin kita patut mencontohi padi biasa..dah harap tiada yang berusaha untuk menjadi padi angin...


Jadi,apa BEZANYA?..

''Nenek,sama jer saya tengok!Macammana nak bezakan?Nanti terpotong padi biasa pulak." (sambil menggaru kepala)

Puteri Wali mendapatkan kepastian daripada nenek-nenek dan makcik-makcik yang bersama-sama memerah keringat membuang padi angin..


"Tak sama..Tu yang tinggi tu..comfirm padi angin! Kalau nak kenal kena turun kerja hari-hari..baru la boleh beza" 

Nenek rajin melayan pekerja yang baru nak berkenalan dengan padi angin ni..hihi..Dengan sabar nenek tetap setia berada di sisi Puteri Wali untuk menunjukkan yang mana satu ia.Pada mulanya memang susah.Tapi,dengan pengalaman yang kita lalui setiap hari,lama-lama kenal juga..Alhamdulillah..dan kini menjadi kerinduan pada Puteri Wali bila tak berada di kampung..


Secara fizikalnya, memang tampak sama sekali pandang apabila berada di dalam rumpunan padi..



Begini...Padi Biasa memang tak banyak karenahnya. Bila diberi pelbagai kemudahan dan kelengkapan serta makanan yang baik,padi jenis ni akan menunjukkan prestasi yang baik. Tinggi pun sama.Mudah puls dituai.Buahnya pula  elok menunduk dan susah nak gugur tatkala berisi.Resam padi makin berisi makin menunduk.Tunduknya tangkaian padi adalah kerana mempunyai buah yang berat..walaupun berat,namun ianya berusaha untuk memelihara daripada gugur ke tanah sebelum waktu menuai,agar manfaatnya dapat dirasai oleh alam sejagat.Ibrahya janganlah kita berasa tinggi diri bila dirasakan banyak ilmunya. Tunduk tawadu' seperti padi itu yang diharapkan.Tetapi, tak bermaksud tunduk diam membantu tak menyebarkan ilmu.Padi yang baik akan memberikan manfaatnya.Begitu juga tugas bagi orang berilmu..

Jadi,bezanya Padi Angin adalah sedikit menyusahkan...padi jenis ni kalu diperhati sedikit bulat bentuknya dan tinggi melampai melebihi ketinggian pokok padi biasa.Namun,bukanlah bentuk dan tinggi yang menjadi masalah.Tetapi, pada cara ianya hidup.Kalau diikutkan padi angin ni, macam orang asing yang menyusahkan hidup orang lain.Sudah la menumpang di kawasan padi biasa,makanan yang diberi pada padi biasa pun diserap lebih cepat oleh pada angin dan hasilnya pula susah nak tuai.Sebab, padi ni CEPAT GUGUR (masak lebih awal dari padi biasa ).Di akhirnya, kita hanya menuai jerami tanpa buah.Masalah menjadi lebih serius apabila populasi padi angin lebih banyak berbanding padi biasa dalam sesebuah petak sawah.Makanya, para petani terpaksa membuang padi jenis ini supaya ianya tak merebak dan menjejaskan prestasi padi biasa. Tidak perlulah kita menjadi seperti ini.Dah guna kemudahan orang lain dan akhirnya tiada hasil.Kiranya membesar tanpa tujuan hidup. 

Perbezaan dua padi ini ibarat beza antara 2 individu...jika baik prestasinya,maka baik dan eloklah pandangan padanya... jika sebaliknya, maka buruklah pandangan terhadapnya. 


Rumpunan padi yang banyak akan melahirkan suasana sawah padi yang terbetang hijau dan mendamaikan.Subhanallah.Itu pun, jika padi angin dan rumput dipotong.

Jika ada dua jenis ini maka,sawah yang indah akan dikaburi oleh rumpunan-rumpunan yang semak dan menyakitkan mata. Bagitu jugalah dengan hati kita. Jika tiada titik hitam di hati,maka iman dan akhlak kita, InsyaAllah mendapat pandangan yang baik daripada Sang Khaliq mahupun insan sejagat.InsyaAllah.Di sini Puteri Wali selalu nak mengingatkan diri Puteri Wali mahupun sahabat-sahabat agar bermuhasabah selalu.. 

Fikir itu adalah Zikir...Wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment