Satu persatu urusan hidup kian terlaksana malah makin bertambah pula rancangan-rancanagan yang baru.. Lagi-lagi bila dah habes degree.. Sekarang bergelar FRESH GRADUATE.. Alhamdulillah.. Tapi dengan title yang demikian, maka bercambahlah fikiran mahu buat itu , mahu buat ini.. ditambah pula dengan permintaan mak abah serta pakcik-pakcik yang versi nakal..
Rasa nak berbakti dulu pada mak abah. Selagi lagi syukur sebab habes je praktikal, puteri dapat sambung kerja di sini as AGRONOMIST... Title tu agak berat untuk aku.. tapi tak mengapa akan cuba sedaya upaya. Agar dengan kerjaya ni mampu membuatkan aku untuk lebih dekat denganNya amin.. Bab kerjaya sikit settle.. Mak abah pon redha..Hanya DIA lah yang memberi rezeki...
Bab kedua..KERETA.. disebabkan dah keje,kenalah bayar si cilik intan payung aku.. tapi didengarkan ura-ura nak mudahkan adik di Nilai. Mungkin akan bertukar tangan. Kesian jugak tengok kegigihan adik nak balik rumah. Mak abah mintak tolong mudahkan dia.. Maksudnya.. SILA BELI KERETA SENDIRI!! InsyaAllah dengan gaji yang Allah beri ni, akan sy gunakan untuk terus membantu keluarga. Dan sekiranya ditakdirkan beli kereta baru, aku bakal merindui jasa si cilik.. SOB :(
Bab ketiga..rasenye boleh teka kot. Bab munakahat.. bila umur pon meningkat, maka bisinglah orng keliling lagi-lagi mak abah. Bila datang seorang ibu menanyakan... "kak zie, sok sek sok sek...cincin dah ade".. Setelah berkali2 dtg ke rumah menyanyakan soalan yang sama. Tapi ak masih tak mampu nak bg jawapan sebab di pihak yang lain pasti ada yang perlu dipertimbangkan. Aku mahukan istikharahnya. Aku juga mahu beristikharah. Aku tak punyai kekuatn untuk berterus terang..Jika istikharahnya menyebelahiku,aku harap dia bertindak sesuatu untuk meyakinkan mak abahku..Terkadang, melihat kegigihan mak untuk lencongkan topik perbualan kerana dia tahu sesuatu mengenai anaknya ni..Tapi bila makcik tu balik... "kak,mak yang pening''. Sahabat-sahabat pun ada menawarkan untuk mengisi borng Baitul Muslim. Akan ku pertimbangkan sebaiknya tanpa melukai mana2 pihak.. Istikharah... Istikharah... Istikharah...
Aku merancang..merancang dan merancang... Moga Allah bersamaku di dalm merancang untuk di hari depan.
Apabila Mencengah Dunia...
No comments:
Post a Comment