Photos

Tuesday, August 28, 2012

Pemuda Islam Yang Dijanjikan


Sedikit perkongsian tentang sorotan sejarah anak muda di zaman lampau yang masih dan sentiasa relevan untuk dicontohi semangat perjuangan mereka ketika berdarah muda. Buku ini berperanan untuk menyuntik semangat anak muda untuk digunakan pada jalan yang diredhai sebagai pembela agama.

"Ledakan semangat tanpa ilmu dan pencerahan adalah fatamorgana di Sahara yang kontang"

Antara isi kandungan yang sempat dikeluarkan adalah syarat kemenangan:


1. Kemenangan itu adalah daripada Allah taalaa
2.Allah S.W.T akan membantu orang yang membantuNya 
3.Kemenangan tidak akan dianugerahkan kecuali kepada golongan mukmin 


Soalan muhasabah:

-siapa kita untuk berbangga dgn kemenangan sedangkan ia dari Allah 
-sudahkah cukup usaha kita membantuNya? 
-adakah kita mukmin atau muslim semata? 

*moga dengan syarat ni membakar semangat kita semua untuk tidak berputus asa memperbaiki diri :)

Tertarik juga dengan penghargaan Islam terhadap golongan muslimat dalam memberi sumbangan terhadap kemenangan Islam seperti mana yang telah dilakukan oleh Siti Khadijah binti Khuwailid, Summayyah, Asma' r.a. Antara petikan yang terdapat di dalam buku ini adalah:

"Wanita muslimah itu adalah seorang ibu yang menggalakkan anak-anaknya supaya mencari syahid. Seorang isteri yang mendorong suaminya supaya berkorban dan mengeluarkan harta di jalan Allah. Ia juga seorang mukminah yang menjadikan dirinya sendiri dan segala usahanya di jalan Allah".

Selamat menyambung bacaan yang bernas dan menyuntik semangat para daie sekalian. 



Raya Bukan Sekadar Raya

Alhamdulillah.
Bila Raya datang ada yang gembira
Tak cukup juga yang sedih meninggalkan Ramadhan
Moga kita ketemu dengan Ramadhan seterusnya

Raya,
Waktu berkumpul sanak saudara
Walaupun tanpa nenek dan atok
Masih ada yang nak balik
Syukur Alhamdulillah

Forever LOVE them!!


Bersama mak,mak lang dan sepupu


Pudarnya ceria di pagi Syawal,
Ceria  kembali menerpa bila pulang ke kg kelahiran di Changkat Petai, Perak
Alhamdulillah

Sebahagian sepupu

Bagiku,
Raya mengertikan ,
Kesyukuran,
Kemaafan,
Kehambaan,
Keramaian,
Kekerdilan,
Keinsafan,
dan
Keraian

Saturday, May 19, 2012

Alhamdulillah..Puteri Wali ada cita-cita untuk memudahkan saudara semuslim untuk mendapatkan pakaian untuk ibadah solat. InsyaAllah akan diusahakan dengan izinnya.. Mungkin bakal muncul dalam bulan Julai atau Ogos ini..nantikan ya.. Ya Allah, permudahkan urusan untuk membantu umatMu ya Allah..

Barangan berkualiti dipilih untuk menjamin keselesaan pelanggan.. malah mematuhi syariat. Barangan tidak jarang, menutup aurat serta berpatutan pada harganya..


Saturday, April 14, 2012

A Precious Hope

Think positive
Allah can hear your hopes...
Alhamdulillah atas perlindunganMu sehingga kini..

Apakah sudah cukup mujahadahku?
Sehingga aku terasa ingin sekali meluahkannya..
Hanya padaMu aku merintih setiap hari..
Hari bertukar saban hari..
Tahun bertukar saban tahun..
Lama sungguh rasanya..

Malah,aku seorang wanita..
Impianku untuk menjadi isteri dan ibu seawalnya..
Mungkin Allah lebih mengetahui..
Apa yang terbaik buat diriku..

Ku mohon Ya Allah
Sambutlah gelombang cintaku selayaknya
Kau pantulkan cintaku pada yang selayaknya
Kerana agamanya aku jatuh cinta..

Kepada
Yang bakal menjadi imam dalam solatku,
Yang bakal menjadi walid sejati untuk anak-anakku,
Yang bakal menjadi penyejuk ibu bapa mertuanya,
Doaku sentiasa mengirimu,
Walau ku tak tahu siapakah dirimu..

Mak Abah selalu menanyakan hal itu,
Dengan sabar aku menjawab,
Tunggulah siapa yang sanggup berhadapan dengan Abah,
Dengan adab dan akhlak yang indah..

Moga doa itu sampai kepadaMu dan kepadamu..
Semuanya kerana ganjaran yang Kau janjikan,
Membuatkan hati ini ingin sekali mengikat janji..


p/s: Syndrom budak final year :)
Target: Dulu umur 25,tapi sekarang seawal yang mungkin..



Sunday, April 1, 2012

Dilema Wanita

Lately, banyak orang buat  kejutan..
Invitation sana sini..
Semoga Puteri Wali diberikan kekuatan dan kesempatan..
Untuk hadir....

Tengah fikir tentang hal itu,
Yang tidak pasti kunjung tibanya..
Sempat lagi melukis..hihi


Itu semua tak pasti sahabat2..
Yang pasti adalah mati kan?
Semoga aku lebih mengingati mati dari mengingati perkara yang tidak pasti...

Wednesday, March 28, 2012

Sarang Labah-labah


Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah,sekiranya mereka mengetahui.

Apakah yang terselindung di sebalik surah dan ayat ini? Buka pautan ni..

Apakah sudah kita jadikan ALLAH sebagai PELINDUNG UTAMA kita??
Tepuk dada tanya iman..





Monday, March 19, 2012

SERIOUS!!

Hmm..
She is my future house wife..
(UHUK2!! terkejot & segan)
He introduced to his friend <terkedu muslimah tu>

+ + + geram + + +
 Bro! Jumpa wali dulu kot...
Dapat lampu hijau baru boleh ngaku...
She is not for you yet...

**Fenomena yang kerap berlaku**
 Nampak sweet tapi dot dot dot...

Dedicate to: Future husband

Moral of the story: Lelaki yang macho & gentleman kena berani jumpa wali.Nampak lagi suci kan?


Kalau Puteri Wali..kenalah berjumpa dengan dua insan yang paling Puteri Wali hormati.. :)

Tuesday, March 13, 2012

Tajwid

Lepas solat Asar,maka terkocoh-kocoh untuk bersiap ke kelas Tajwid. Harap hari ini tidak lewat dan moga ada sesuatu untuk dipelajari.

Sampai di kelas, kuliah telah bermula.Tak mengapa, "Better late than never"!! 10 minit pun berlalu untuk pengulangan tentang Makhraj Huruf dan Sifat Huruf . Masing-masing membetulkan lidah untuk meletakkan hak untuk setiap huruf yang dibaca. 

Teringat pulak zaman budak-budak dulu ngaji guna Iqra' dan Muqaddam

Tapi kami tidak menggunakan Iqra' dan Muqaddam.Kami gunakan "Mantap Mengaji Kaedah al-Matien" yang mengenengahkan kaedah lama dan baru. Memang cantik susunan huruf dan perkataan di dalamnya. Terasa tempat keluar setiap huruf. Aa Ba Ta.....

"Bosan tak awak belajar Makhraj dan Sifat Huruf?"  Tanya usatzah.
"Tak ustazah. Sebab kita dok senget-sengetkan mulut nak betulkan bacaan.Bunyinye pun lagi sedap daripada saya baca sebelum ni."
"Kebiasaannya murid akan rasa topik ni la yang paling bosan.Tapi penting"

Memang betul pun sebab apabila kita membaca al-Quran patutnya jiwa kita akan tenang.Kalau baca pun salah jadi tak tenang la.

" Pertama kita betulkan makhraj supaya makna tak lari. Kedua kita boleh tahu sifat kuat dan lemahnya suatu huruf.Ada huruf yang akan meununjukkan kebesaran kalimah tu contoh huruf zho"...dan bla..bla..bla.. Anak murid yang semakin dahagakan ilmu mendengar dengan khusyu'. 

"Apa lagi sebab kita nak belajar tentang al_Quran ni?"

"Untuk kita ajar pada anak-anak. Satu hari nanti kamu akan ada anak. Siapa lagi untuk kita harapakan untuk mengajar anak kita. Ibu selalunya akan pegang tanggungjawab untuk didik anak-anak. Ilmu yang kamu belajar ni bukan untuk diri awak sahaja.
  Anak awaklah yang akan jadi murid pertama awak"





Kepada Sang Arjuna:
 InsyaAllah Puteri Wali akan berusaha untuk mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk Puteri Wali menjadi ibu minthali. Puteri Wali perlukan sokongan dan perhatian bakal abang  untuk terus membimbing dan mendidik Puteri Wali.Doakan Puteri Wali wahai Sang Arjuna ,yang Puteri Wali sendiri tidak tahu siapakah gerangannya. :)



Friday, February 10, 2012

Cinta Insan Terulung

Puteri Wali nak mengajak sahabat-sahabat menonton video-video mengenal Rasulullah ni..
Betapa Nabi Muhammad membawa Rahmat ke seluruh alam..
Rahmatan lil'alamin..
Subhanallah





Mari sama-sama berselawat ke atas Rasul junjungan kita
InsyaAllah
Moga cinta kita dibalas

Wednesday, February 8, 2012

Harapan untuk Pulang


Lagu ini khas  ku tujukan untuk mak..

Di saat ini,
Sungguh aku merinduimu,
Mungkin jarak itu nampak dekat.

Namun,
Aku tak berdaya untuk pulang ketika ini,
Tidak mahu membuatmu bingung,
Tidak mahu membuatmu resah,
Akan tingkah lakuku di hadapanmu,
Walau pada batinnya kau merasa sesuatu,
Maaf ibu..

Di sela waktu dan jarak ini, 
Aku akan berusaha untuk berdikari,
Dan  berusaha untuk pulang secepatnya,
Kerna aku masih punya tanggungjawab terhadap mu,
Cuma masa yang akan menentukan.

Doakan aku ibu,
Doakan aku menjadi anak yang solehah..

Monday, February 6, 2012

Hati Seekor Tikus!!


Yeww!! Cakap pasal tikus pasti ada yang geli. Tapi apa pun,semua kejadian Allah tu ada manfaatnya untuk kita belajar sesuatu..

Beberapa hari yang lepas, sedang drive di Lebuh Silikon dengan ditemani sahabat dan radio IKIM.fm ada sesuatu y kami dapat.Satu cerita dongeng tentang seekor tikus dan seorang tukang sihir.Ceritanya bermula...

Suatu hari tikus bertemu dengan ahli sihir yang boleh menunaikan permintaan dan hajat. Permintaan pertama daripada tikus:

Tikus      :Wahai ahli sihir. Bolehkah engkau menukarkan 
               aku sebagai kucing?
Ahli Sihir: Mengapa engkau nak bertukar kepada kucing?
Tikus     : Sebab aku sangat takut dengan kucing.
               Mungkin bila aku jadi kucing,
               aku dah tidak perlu takut..
Ahli Sihir: Baiklah..


Maka,tikus pun bertukar menjadi kucing. LALU,setelah menjadi kucing,dia ternampak pula seekor ANJING..GRRRRRR..anjing dengan lagak gayanya menakutkan kucing.Kucing ketakutan. Maka,kucing itu pun berfikir mahu tukarkan dirinya menjadi anjing supaya dia menjadi lebih berani.

Kucing    : Wahai ahli sihir. Aku ingin meminta satu lagi
                permintaan.
Ahli Sihir : Baiklah,apa pula permintaanmu?
Kucing    : Aku ingin ditukarkan menjadi anjing. Apabila aku
                menjadi kucing,aku masih takut kepada anjing.
                Aku ingin menjadi berani seperti anjing.


Maka,dengan ilmu yang ahli sihir ada,kucing itu pun berubah menjadi anjing. Kemudian,ketika anjing bersiar-siar di tepi hutan,ternampak pula SANG HARIMAU.Wah, lagi menggerunkan! Harimau boleh makan aku ni..terlintas dibenak fikiran ajing untuk betukar lagi menjadi HARIMAU.

Anjing     : Wahai ahli sihir,tukar aku menjadi harimau pula.
Ahli Sihir : Baiklah


Bertukarlah sekali lagi Si ANJING menjadi HARIMAU. Lalu,apa pula yang dikhuatiri? Tentulah Sang PEMBURU!!! 



Harimau: Aku sangat khuatir pemburu itu 
              akan menembakku.Ya,Si Sihir mesti boleh
              menyelesaikan!

Berjumpalah HARIMAU dengan Si Sihir.
             
Harimau: Bolehkah kau tukarkan aku sekali lagi untuk 
               menjadi Pemburu.Aku sangat khuatir pemburu
               membunuhku. Bila aku jadi pemburu,aku boleh
               memburu haiwan lain.
Si Sihir   : Tidak..kali ini aku tidak boleh menukarkanmu
               kepada apapun.
Harimau : Kenapa begitu?
Si Sihir   : Bertukarlah kamu sebagai apapun. Tapi sekiranya
                hatimu adalah HATI SEEKOR TIKUS kamu 
               tetap pengecut seperti tikus.

Walaupun ia adalah Dongeng dari India,namun penuh dengan nasihat. Dongeng ini amat bermakna,menyebabkan Puteri Wali mengembara ke Kuala Kangsar. (^_^)

Adakah hati kita seperti hati tikus?
Padamkanlah sekiranya ada pada diri kita. Mohon pada Allah agar kita dijauhkan dari sifat PENGECUT. 

Boleh amalkan doa' ini

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنْ
 وَأُعُوْذُبِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلْ
وَأَعُوْذُبِكَ مِنَ الجُبْنِ وَالبُخْلِ
 وَأَعُوْذُبِكَ مِنَ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ 


“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). ”


Moga bermanfaat!

Tuesday, January 31, 2012

~ Love Callus Culture ~

It's all about my FINAL YEAR PROJECT. I am doing study on a Zingerberaceae species (Etlingera elatior) also known as 'Torch Ginger' and ' Bunga Kantan'. Now, the culture is almost 8th week after callus inoculation. In this study, I need to induce the callus to regenerate shoots with using various combination of hormones auxin and cytokinin.

It is really hard to find the correct hormones combination, since a master student who is working on this type of species was also unsuccessful. He tried on 30 combinations,but no shoot appear from that calli. I just continue this study with a hope I can write my project report nicely and learn something about His Greatness. Whatever result I get,I just let it to Allah to determine because I've try my best and love to do all these things.

 These are some photos of my calli after 8 week. 
Alhamdulillah,it responds and 
I WILL HAVE SOMETHING TO WRITE 
 in my report !! (^_^)




    
Allah berfirman bermaksud:

“Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” 
(Surah Ath Thalaq ayat 3).

Monday, January 30, 2012

Ibrah Sang Padi

Padi atau nama saintifik yang digunakan oleh para ahli botani adalah Oryza sativa .


Apabila musim menuai mula menjengah kawasan kami,Puteri Wali sekali lagi mengambil  peluang untuk beramah mesra dengan Sang Oryza ni.Meneladani apa yang baik daripada padi dan berusaha untuk muhasabah diri atas setiap kekurangan .Ok la,berbalik pada Sang padi.Jika diamati,padi dengan manusia (lagi-lagi masyarakat Asia Tenggara) memang tak dapat nak dipisahkan.Sebab, inilah makanan ruji kita.

Tanpa padi,tak ada beras...
Tanpa beras tak ada nasi...
Tanpa nasi tak lengkaplah sajian harian kita..


 Kawan Puteri Wali selalu kata ,

'' Perut saya,perut orang Melayu..Kalu tak dapat nasi sehari,rasa lemah satu badan".

Lihat betapa besarnya khidmat padi kepada kita membekalkan karbohidrat untuk tenaga..Alhamdulillah,Allah dah sediakan nikmat padi pada kita.


Puteri Wali bukanlah nak menulis tentang beras atau nasi..tapi pada RUMPUNAN POKOK PADI tu sendiri.. banyak benda yang boleh kita dapati daripada pokok padi. Jika kita lihat,pokok padi tumbuh lurus menegak bersama tangkaian-tangkaian buah padi yang bakal kita gunakan untuk MAKAN, BENIH untuk ditanam semula dan sebagainya lah. Tumbuh menegak menunjukkan kepatuhannya pada Sang Pencipta. Ibrahnya,sebagai manusia tundukkanlah kepatuhan kita padaNya juga. Apakah kepatuhan kita? Disebut dalam kitab 
al-Quran:

"Dan tidak Kami jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu" 
 (Surah Adzariat 56)

Buah padi tu sendiri memberikan impak kepada kita untuk mencontohinya berusaha mengeluarkan hasil..Malah hasilnya pula banyak memberikan manfaat kepada kehidupan manusia. Manfaat itulah yang perlu diterbitkan dan diusahakan oleh manusia sebagai khalifah di bumi ni untuk menuai hasil di akhirat kelak.

Puteri Wali suka dengan satu pepatah Arab ni;

Man Jada wa Jada...
Man Zaroa',hasada...
Sesiapa berusaha berjaya...
Sesiapa menanam dia akan menuai...


Inilah pepatah Arab pertama yang Puteri Wali belajar dan ingat..tepat sekali pada entry ini,padi yang memang boleh dituai..memberikan makna yang besar jika dipegang teguh...

Bila Puteri Wali belek-belek buah yang ada dalam Rumpunan Padi yang sangat padat,jelas ada perbezaan antara PADI BIASA dan PADI ANGIN (weedy rice)..mungkin kita patut mencontohi padi biasa..dah harap tiada yang berusaha untuk menjadi padi angin...


Jadi,apa BEZANYA?..

''Nenek,sama jer saya tengok!Macammana nak bezakan?Nanti terpotong padi biasa pulak." (sambil menggaru kepala)

Puteri Wali mendapatkan kepastian daripada nenek-nenek dan makcik-makcik yang bersama-sama memerah keringat membuang padi angin..


"Tak sama..Tu yang tinggi tu..comfirm padi angin! Kalau nak kenal kena turun kerja hari-hari..baru la boleh beza" 

Nenek rajin melayan pekerja yang baru nak berkenalan dengan padi angin ni..hihi..Dengan sabar nenek tetap setia berada di sisi Puteri Wali untuk menunjukkan yang mana satu ia.Pada mulanya memang susah.Tapi,dengan pengalaman yang kita lalui setiap hari,lama-lama kenal juga..Alhamdulillah..dan kini menjadi kerinduan pada Puteri Wali bila tak berada di kampung..

Sunday, January 29, 2012

Mengetut Pokok "Marcotting"


Entry kali Puteri Wali memasukkan semula entry dari blog sebelum ni..Dah lama rasanya nak berkongsi macammana nak tut pokok. Dulu Puteri Wali pun tertanya-tanya..Bagaimana pokok ni boleh berakar kat tengah-tengah batang? Namun setelah masuk ke UPM barulah segala perungkaian teka-teki dalam kepala otak Puteri Wali ni dapat dijawab dengan lengkapnya...


Sesiapa rasa nak mencuba musim-musim cuti ni memang padan sangat lah..

Sebenarnya,tut atau Marcott ni boleh dilakukan pada banyak pokok tetapi selalunya untuk tumbuhan yang mempunyai genotip "keheterozaigotan" yang tinggi. Dengan cara ini,genotip induk akan didapati sama sepert induk.Maka sifat dan ciri anak persis seperti pokok ibunya..



Tumbuhan yang selalu menggunakan kaedah ini adalah:
(i) Limau atau citrus
(ii)Jambu Batu
(iii) Ciku

Banyak lagi sebenarnya..Tapi kali ni Puteri Wali nak berkongsi kaedah mengetot pokok Jambu..Inilah practikal kami sewaktu di UPM.

"Konvoi Walimah"



Vroom..vroom..vroom..
9 buah kereta berkonvoi ke Rawang
Memenuhi Perutusan Raja Sehari sahabat kami


RAMZUL & BAINUN


Rasulullah s.a.w bersabda:
"Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada 6 perkara:

(1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam
(2) Apabila ia menjemputmu maka penuhilah jemputannya
(3) Apabila ia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya
(4) Apabila ia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertashmit (mendoakan   dengan mengucapkan yarhamkallah).
(5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menziarahi
(6) Apabila meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya "

(Hadith riwayat Muslim)



Selamat Pengantin Baru Ramzul & Bainun
Barakallahulakuma wabaraka 'alaikuma

" Dialah yang menciptakan kalian dari satu orang, kemudian darinya Dia menciptakan isterinya, agar menjadi cocok dan tenteram kepadanya" (Al-A'raf 189)



" Dan nikahlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (menikah) dari hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jikamereka miskin Allah akan mengkayakan mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) dan Maha Mengetahui." (An Nuur 32) 

Saturday, January 28, 2012

Terima Kasih Nenda


Post pertama khas ditujukan untuk nenek...
Kerana telah melahirkan wali Mujbirku..
Malah waliku telah memilih pendamping yang cukup hebat untuk dirinya dan putera-puteri mereka...
Mendidik puterinya ini berdikari mengenal siapakah diri ini..