Photos

Saturday, May 18, 2013

Bergaji Berkat

Post kali ni, nak ajak sahabat renung-renung dan muhasabah..
Bila bekerja selalu dok fikir,bila gaji nak masuk???
Alhamdulillah kita ada kerjaya..
Alhamdulillah Allah bagi kesihatan..
Alhamdulillah Allah bagi peluang ..

Persoalannya,
Berkat tak kerja kita??
Berkat tak gaji kita??

Mula dengan Basmalah..
Niat kerja untuk siapa...Tentulah untukNya..
Niat je tak jadi...

Realisasikan..
Macammana..
Jangan curi tulang..
Jangan ambil kesempatan..
Lakukan dengan ikhlas tulus dari hati..
Sempurnakan hak Tuhan,hak Peribadi dan hak Syarikat..
InsyaAllah berkat..

Macammana nak tahu berkat?
Walau gaji besar,namun sentiasa rasa tak cukup.. ahaaa tanda apakah itu??
Gaji kecil,tapi rasa cukup je.... boleh teka kot..
Dan yang paling cara kita belanjakan wang tersebut..
Mau berkat,sudah pasti membenihkan kebaikan dari infaknya...
Hakikatnya itulah yang berkat..

###PESANAN IKHLAS DARI PUTERI WALI###

Moga pekerjaan ini mampu meraih keberkatannya :)




Saturday, April 13, 2013

TAA"RUF

TAA"RUF (berkenalan)

1. Kenal pencipta (ALLAH)
2. Kenal pesuruhNya (Nabi Muhammad)
3. Kenal Diri Sendiri
4. Kenal Ibu Bapa
5. Kenal peribadinya dan kerabatnya

Pelihara Taa'ruf kami  seberkahnya :)


Amin..moga dipermudah

Monday, March 4, 2013

Che' CT mengembang

Walau namaku bukan CT..tpi aku tetap berjantina CT..

2 hari menghabiskan masa menuntut dengan persekitaran..
Menimba pengajaran dari pengembaraan ke negeri Cik CT Wan Kembang..
Niat untuk nak dapat sesuatu memang menebal..
Dari Hentian Pudu hing Kuala Kerai..

Teruja tatkala melihat sendiri suasana tanah jajahan pembangkang..
Suasana yang jauh sekali dengan kemodenan hidup..
Mereka tenang di sana,zuhud,ramah,tradisional..
Mereka bangga dengan budaya mereka.

Tatkala musafir ini,doa dimakbulkan...
Digunakan setiap ruang yang ada untuk memohon semahu-mahunya..
Untuk diri,keluarga,dan insan2 terdekat..
Allahumma ameen...

2 pelajaran besar:

1) Peranan Besar seorang ayah

   Ayah sifulanah berjaya didik anak-anak menjadi hidup sebagai seorang yang matang. memilih seorang isteri yang tabah membesarkan 9 beradik. Harus diteladani dan dicontohi. Mengahwini anak nya dengan seorang suami yang bertanggungjawab serta hormat orang tua. ITU juga IMPIANKU.. selama 2 hari bersama mereka, mula berlegar di fikiran untuk memikirkan apakah corak didikan aku dan bakal suamiku kelak untuk anak-anak yang bakal lahir. Akan ku cuba untuk meneladani corak pendidikan anak mengikut Islam..

 Resolusi : Khatamkan kitab Tarbiyatul Aulad sebelum bergelar seorang Isteri.

2) Bangun Malam

  Berkali-kali diperingatkan tentang bangun malam. Aduh,mencabar sekali. Tetapi bila didengar dan dihayati hikmahnya bangun malam walaua hanya 2 rakaat,masyaAllah... Segala doa didengari pada ketika itu.. Itulah waktu untuk kita rapat padaNya membina kekuatan rohani dan jasmani. Moga kalam ku ini mampu memberi kekuatan untuk diriku. Di Kelantan juga,tatkala singgah di suatu Masjid,masih mendapat peringatan tentang QIAM.. mungkin Tuhanku sungguh2 untuk berbicara denganku..

p/s: perkahwinan bukan nafsu akan membawa pasangan dan keluarganya ke syurga...insyaAllah moga doa Mak dan Abah dimakbulkan...amin

Friday, January 18, 2013

Apabila Menjengah Melihat Dunia

Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk terus mengenalNya... Lama tidak mencoret...

Satu persatu urusan hidup kian terlaksana malah makin bertambah pula rancangan-rancanagan yang baru.. Lagi-lagi bila dah habes degree.. Sekarang bergelar FRESH GRADUATE.. Alhamdulillah.. Tapi dengan title yang demikian, maka bercambahlah fikiran mahu buat itu , mahu buat ini.. ditambah pula dengan permintaan mak abah serta pakcik-pakcik yang versi nakal..

Rasa nak berbakti dulu pada mak abah. Selagi lagi syukur sebab habes je praktikal, puteri dapat sambung kerja di sini as AGRONOMIST... Title tu agak berat untuk aku.. tapi tak mengapa akan cuba sedaya upaya. Agar dengan kerjaya ni mampu membuatkan aku untuk lebih dekat denganNya amin.. Bab kerjaya sikit settle.. Mak abah pon redha..Hanya DIA lah yang memberi rezeki...

Bab kedua..KERETA.. disebabkan dah keje,kenalah bayar si cilik intan payung aku.. tapi didengarkan ura-ura nak mudahkan adik di Nilai. Mungkin akan bertukar tangan. Kesian jugak tengok kegigihan adik nak balik rumah. Mak abah mintak tolong mudahkan dia.. Maksudnya.. SILA BELI KERETA SENDIRI!! InsyaAllah dengan gaji yang Allah beri ni, akan sy gunakan untuk terus membantu keluarga. Dan sekiranya ditakdirkan beli kereta baru, aku bakal merindui jasa si cilik.. SOB :(

Bab ketiga..rasenye boleh teka kot. Bab munakahat.. bila umur pon meningkat, maka bisinglah orng keliling lagi-lagi mak abah. Bila datang seorang ibu menanyakan... "kak zie, sok sek sok sek...cincin dah ade".. Setelah berkali2 dtg ke rumah menyanyakan soalan yang sama. Tapi ak masih tak mampu nak bg jawapan sebab di pihak yang lain pasti ada yang perlu dipertimbangkan. Aku mahukan istikharahnya. Aku juga mahu beristikharah. Aku tak punyai kekuatn untuk berterus terang..Jika istikharahnya menyebelahiku,aku harap dia bertindak sesuatu untuk meyakinkan mak abahku..Terkadang, melihat kegigihan mak untuk lencongkan topik perbualan kerana dia tahu sesuatu mengenai anaknya ni..Tapi bila makcik tu balik... "kak,mak yang pening''. Sahabat-sahabat pun ada menawarkan untuk mengisi borng Baitul Muslim. Akan ku pertimbangkan sebaiknya tanpa melukai mana2 pihak.. Istikharah... Istikharah... Istikharah...

Aku merancang..merancang dan merancang... Moga Allah bersamaku di dalm merancang untuk di hari depan.

Apabila Mencengah Dunia...