Photos

Friday, February 10, 2012

Cinta Insan Terulung

Puteri Wali nak mengajak sahabat-sahabat menonton video-video mengenal Rasulullah ni..
Betapa Nabi Muhammad membawa Rahmat ke seluruh alam..
Rahmatan lil'alamin..
Subhanallah





Mari sama-sama berselawat ke atas Rasul junjungan kita
InsyaAllah
Moga cinta kita dibalas

Wednesday, February 8, 2012

Harapan untuk Pulang


Lagu ini khas  ku tujukan untuk mak..

Di saat ini,
Sungguh aku merinduimu,
Mungkin jarak itu nampak dekat.

Namun,
Aku tak berdaya untuk pulang ketika ini,
Tidak mahu membuatmu bingung,
Tidak mahu membuatmu resah,
Akan tingkah lakuku di hadapanmu,
Walau pada batinnya kau merasa sesuatu,
Maaf ibu..

Di sela waktu dan jarak ini, 
Aku akan berusaha untuk berdikari,
Dan  berusaha untuk pulang secepatnya,
Kerna aku masih punya tanggungjawab terhadap mu,
Cuma masa yang akan menentukan.

Doakan aku ibu,
Doakan aku menjadi anak yang solehah..

Monday, February 6, 2012

Hati Seekor Tikus!!


Yeww!! Cakap pasal tikus pasti ada yang geli. Tapi apa pun,semua kejadian Allah tu ada manfaatnya untuk kita belajar sesuatu..

Beberapa hari yang lepas, sedang drive di Lebuh Silikon dengan ditemani sahabat dan radio IKIM.fm ada sesuatu y kami dapat.Satu cerita dongeng tentang seekor tikus dan seorang tukang sihir.Ceritanya bermula...

Suatu hari tikus bertemu dengan ahli sihir yang boleh menunaikan permintaan dan hajat. Permintaan pertama daripada tikus:

Tikus      :Wahai ahli sihir. Bolehkah engkau menukarkan 
               aku sebagai kucing?
Ahli Sihir: Mengapa engkau nak bertukar kepada kucing?
Tikus     : Sebab aku sangat takut dengan kucing.
               Mungkin bila aku jadi kucing,
               aku dah tidak perlu takut..
Ahli Sihir: Baiklah..


Maka,tikus pun bertukar menjadi kucing. LALU,setelah menjadi kucing,dia ternampak pula seekor ANJING..GRRRRRR..anjing dengan lagak gayanya menakutkan kucing.Kucing ketakutan. Maka,kucing itu pun berfikir mahu tukarkan dirinya menjadi anjing supaya dia menjadi lebih berani.

Kucing    : Wahai ahli sihir. Aku ingin meminta satu lagi
                permintaan.
Ahli Sihir : Baiklah,apa pula permintaanmu?
Kucing    : Aku ingin ditukarkan menjadi anjing. Apabila aku
                menjadi kucing,aku masih takut kepada anjing.
                Aku ingin menjadi berani seperti anjing.


Maka,dengan ilmu yang ahli sihir ada,kucing itu pun berubah menjadi anjing. Kemudian,ketika anjing bersiar-siar di tepi hutan,ternampak pula SANG HARIMAU.Wah, lagi menggerunkan! Harimau boleh makan aku ni..terlintas dibenak fikiran ajing untuk betukar lagi menjadi HARIMAU.

Anjing     : Wahai ahli sihir,tukar aku menjadi harimau pula.
Ahli Sihir : Baiklah


Bertukarlah sekali lagi Si ANJING menjadi HARIMAU. Lalu,apa pula yang dikhuatiri? Tentulah Sang PEMBURU!!! 



Harimau: Aku sangat khuatir pemburu itu 
              akan menembakku.Ya,Si Sihir mesti boleh
              menyelesaikan!

Berjumpalah HARIMAU dengan Si Sihir.
             
Harimau: Bolehkah kau tukarkan aku sekali lagi untuk 
               menjadi Pemburu.Aku sangat khuatir pemburu
               membunuhku. Bila aku jadi pemburu,aku boleh
               memburu haiwan lain.
Si Sihir   : Tidak..kali ini aku tidak boleh menukarkanmu
               kepada apapun.
Harimau : Kenapa begitu?
Si Sihir   : Bertukarlah kamu sebagai apapun. Tapi sekiranya
                hatimu adalah HATI SEEKOR TIKUS kamu 
               tetap pengecut seperti tikus.

Walaupun ia adalah Dongeng dari India,namun penuh dengan nasihat. Dongeng ini amat bermakna,menyebabkan Puteri Wali mengembara ke Kuala Kangsar. (^_^)

Adakah hati kita seperti hati tikus?
Padamkanlah sekiranya ada pada diri kita. Mohon pada Allah agar kita dijauhkan dari sifat PENGECUT. 

Boleh amalkan doa' ini

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنْ
 وَأُعُوْذُبِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلْ
وَأَعُوْذُبِكَ مِنَ الجُبْنِ وَالبُخْلِ
 وَأَعُوْذُبِكَ مِنَ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ 


“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). ”


Moga bermanfaat!